dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Jawi, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Klik Dengan Bijak & ICT Explorace

16 Mei 2015 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Pokok Jawi telah mengadakan aktiviti Klik dengan Bijak dan ICT Explorace pada 15 Mei 2015. Aktiviti ini diadakan di sekitar dan dalam kawasan PI PokokJawipadapukul 3.30-5.30 petang. Sebelum ICT Explorace bermula, para peserta diberi taklimat Klik dengan Bijak terlebih dahulu. Para peserta diberi taklimat mengenai buli siber kerana remaja zaman sekarang lebih cenderung mengikut pengaruh rakan sebaya. Taklimat ini berlangsung selama setengah jam iaitu bermula pada pukul 3.30-4.00 petang. Tujuan ICT Explorace ini dilakukan untuk menambah ilmu pengetahuan para peserta mengenai teknologi semasa. Aktiviti ini disertai seramai 8 orang dan kesemuanya peserta lelaki. Sebanyak 5 check point telah disusun sekitar kawasan PI PokokJawi. Check point pertama mengenai "Ejaan & Sebutan", check point kedua mengenai "Typing Test". Manakala check point ketiga berkenaan "Apakah?", check point keempat "Media Sosial" dan check point terakhir iaitu kelima mengenai "Pengetahuan Am".

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.